Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan

by Super User
in News
Hits: 550

Antara resolusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan ANGKASA adalah melonggarkan syarat-syarat bagi koperasi untuk menjalankan aktiviti pelancongan sebagaimana terkandung dalam syarat permohonan Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan & Perniagaan Agensi Pengembara (TOTBAB) di bawah Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992.

EMPAT LAGI RESOLUSI ADALAH:-

1. Memohon agar Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dapat melonggarkan syarat-syarat kepada koperasi agar dapat menjalankan aktiviti pelancongan tanpa melalui penubuhan anak syarikat;

2. Menggalakkan perkongsian pintar atau "smart partnership" di antara koperasi dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membangunkan "agrotourism" di kalangan koperasi yang menjalankan inap desa;

3. Mendesak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan agar melonggarkan syarat-syarat bagi koperasi yang ingin menjalankan perniagaan pusat dialisis dengan memberikan lebih banyak lesen kepada koperasi dan mempermudahkan peraturan operasi pusat dialisis koperasi;

4. Menggalakkan koperasi yang menjalankan program inap desa menjalankan program kesihatan dan penjagaan diri seperti spa, bekam, sauna dan lain-lain yang berkaitan dengan latihan yang mencukupi dan bersesuaian kepada koperasi tersebut.

VISI

Menjadi pemangkin pembangunan Koperasi dalam Bidang Perniagaan dan Keusahawanan  Profesional melalui  Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan menjelang tahun 2020.

MISI

Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta  meransang penglibatan koperasi  dalam  Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan melalui  pengurusan dan perkhidmatan yang profesional.

PERANAN & FUNGSI SEKTOR

1. Mewujudkan jaringan perkhidmatan dan perniagaan hotel koperasi dan penjenamaan Coophotel.

2. Mewujudkan jaringan perkhidmatan dan perniagaan homestay koperasi dan penjenamaan Coopstay.

3. Mewujudkan jaringan perkhidmatan dan perniagaan dialisis koperasi dan penjenamaan Coopdialisis.

4. Mewujudkan jaringan perkhidmatan dan perniagaan spa koperasi dan penjenamaan Coopspa.

5. Pembangunan pelancingan koperasi sekolah (PKS) dan penjenamaan CoopISTAC

SENARAI JAWATANKUASA PENERAJU SEKTOR

Klik Untuk Muat Turun


1. JARINGAN COOPHOTEL / COOPSTAY

Peranan jaringan:-

1. Mengenal pasti koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti pelancongan, hotel dan homestay.

2. Memastikan koperasi-koperasi pelancongan yang memiliki hotel dan homestay menyertai jaringan perkhidmatan dan perniagaan koperasi pelancongan serta penjenamaan coophotel / coopstay.

3. Mewujudkan aktiviti-aktiviti hiliran dan huluan koperasi pelancongan.

4. Mengukur prestasi dan perolehan kewangan koperasi pelancongan.

5. Memantau perjalanan koperasi pelancongan bagi penambahbaikan.

SENARAI JAWATANKUASA TEKNIKAL PELANCONGAN

Klik Untuk Muat Turun

2. JARINGAN COOPDIALISIS

Peranan jaringan:-

1. Mengenalpasti koperasi-koperasi yang menjalankan pusat hemodialisis.

2. Memastikan koperasi-koperasi yang mempunyai pusat dialysis menyertai jaringan perkhidmatan dan perniagaan dialisis koperasi serta penjenamaan CoopDialisis.

3. Mewujudkan aktiviti-aktiviti hiliran dan huluan koperasi dialisis.

4. Mengukur prestasi dan perolehan kewangan koperasi dialisis.

5. Memantau perjalanan koperasi dialisis bagi penambahbaikan.

SENARAI JAWATANKUASA TEKNIKAL KESIHATAN

Klik Untuk Muat Turun

3. JARINGAN COOPSPA

Peranan jaringan:-

1. Mengenalpasti koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti spa.

2. Memastikan koperasi-koperasi yang memiliki spa menyertai jaringan rangkaian perkhidmatan dan perniagaan spa koperasi serta penjenamaan coopspa.

3. Mewujudkan aktiviti-aktiviti hiliran dan huluan koperasi spa.

4. Mengukur prestasi dan perolehan kewangan koperasi spa.

5. Memantau perjalanan koperasi spa bagi penambahbaikan.

SENARAI JAWATANKUASA PENJAGAAN DIRI

 Klik Untuk Muat Turun

4. JARINGAN COOPISTAC

Peranan jaringan:-

1. Mengenal pasti koperasi-koperasi yang menjalankan projek pembangunan pelancongan koperasi sekolah

2. Memastikan koperasi-koperasi yang melaksanakan PKS menyertai jaringan rangkaian perkhidmatan dan perniagaan CoopISTAC

3. Mewujudkan aktiviti-aktiviti hiliran dan huluan koperasi dan penjenamaan CoopISTAC

4. Mengukur prestasi dan perolehan kewangan koperasi sekolah yang menjalankan aktiviti PKS

5. Memantau perjalanan koperasi sekolah khusus bagi penambahbaikan dalam program PKS

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

TUAN HAJI. ANUAR BULIN
Pengurus Besar
Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan

Pejabat Pengurus Besar Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
 No.110, Blok C, Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7884 6777 Faks: +603 - 7803 2074

E-mel: hjanuar.angkasa@gmail.com / anuar@angkasa.coop

Facebook: http://facebook.com/BahagianPerkhimatanKepenggunaan

DIREKTORI SEKTOR PELANCONGAN, PENJAGAAN DIRI & KESIHATAN

Klik Untuk Muat Turun

Leave your comments

Comments

  • Guest (Keith Hernandez)

    Wow, it's great news! I am a big fan of everything Fox TV produces, especially of their successful show "Bones" that has already experienced more than 10 years of broadcast. I will certainly invite my friends to this highly anticipated event!

    0 Short URL:
  • Guest (Fred Martin)

    I heard enough rumors about this event from executive directors and employees of other American TV channels but still couldn't believe it can be done in such scale. However, I am satisfied that Fox's board of directors decided to make this venture real, and I hope it will be successful.

    0 Short URL: