Sektor Inovasi & Teknologi

by Super User
Hits: 494

ANGKASA sebagai peneraju gerakan koperasi perlu memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat koperasi yang celik IT dan berinovasi bagi memaksimumkan produktiviti dan peningkatan nilai tambah dalam industri ekonomi yang diceburi. Penggunaan e-Dagang berpotensi untuk memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka. Pembudayaan teknologi hijau adalah sangat penting sebagai usaha untuk menyokong pemeliharaan alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat.

OBJEKTIF

1. Menyediakan prasarana ICT terbaik kepada komuniti koperasi.

2. Menyediakan kemudahan asas e-dagang bagi memperluaskan pasaran dan memantap ekonomi gerakan koperasi.

3. Melahirkan masyarakat koperasi yang celik IT dan bermaklumat.

4. Membudayakan teknologi hijau, menjamin alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.

JAWATANKUASA PENERAJU SEKTOR INOVASI, TEKNOLOGI & KOMUNIKASI

 Klik Untuk Muat Turun


OBJEKTIF

1. Pengukuhan modal insan koperasi melalui latihan ICT bagi merangsang pembangunan koperasi.

2. Pengembangan perniagaan koperasi melalui platform e-Dagang.

3. Pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam pengurusan koperasi.

4. Merangsang bidang perniagaan baru koperasi malalui inovasi dalam teknologi hijau.

5. Perkhidmatan MyANGKASA Mobile.


AKTIVITI SEKTOR




PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2017

Projek untuk menyediakan laman web PERCUMA kepada koperasi menggunakan platform Joomla akan diteruskan bagi meningatkan bilangan koperasi yang ada laman web rasmi koperasi. Di samping itu bengkel pemantapan bagi meningkatkan kualiti laman web koperasi supaya kemudahan yang telah disediakan oleh ANGKASA dapat dimanfaatkan bagi menyokong aktiviti perniagaan koperasi. Penambahbaikan modul latihan laman web koperasi akan diterapkan dengan ilmu pengetahuan berkaitan online marketing, teknik penulisan produk 'copywriting' , kuasa dan pengaruh Google Adwords dan mengoptimakan carian laman web atau 'search engine optimization'.

Projek membangunkan portal e-Dagang khas bagi koperasi di bawah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan kesihatan bagi pengurusan perkhidmatan melalui jenama Coop.Hotel, Coop.Stay dan Coop.Spa. Inisiatif ini dijangka dapat membantu meningkatkan perolehan produk dan perkhidmatan koperasi melalui pemasaran secara online.

Inisiatif ANGKASA untuk memantapkan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi melalui portal eNiaga.coop menggunakan teknologi OpenChart dan integrasi sistem dengan payment gateway yang popular di Malaysia. Meneruskan kerjasama dengan koperasi yang telah membangunkan platform e-Commerce seperti portal JustKlik.my atau CoopShoppe bagi meningkatkan penglibatan koperasi dalam dunia perniagaan maya.

ANGKASA juga merancang untuk berkolaborasi dengan Malaysian Didital Economy Corproation bagi meningkatkan program keusahawanan digital dikalangan koperator dengan mensasarkan 1,000 pada tahun 2017.


MAKLUMAT PERHUBUNGAN

ENCIK MOHD SOFIAN OSMAN
Ketua Pegawai Teknologi Kerja ANGKASA 
Setiausaha Kerja
Sektor Inovasi, Teknologi dan Telekomunikasi

Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: +603 - 7800 7805 Faks: +603 - 7884 6464 E-mel: msofian@angkasa.coop

Leave your comments

Comments

  • No comments found