Kerjaya

Yayasan ANGKASA dahulunya dikenali sebagai Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK) ditubuhkan pada 4 Disember 1999, dan secara rasminya dikenali sebagai Yayasan ANGKASA pada 27 September 2012. Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pinjaman boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ahli ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Master dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

            IKLAN DALAMAN               IKLAN LUARAN

             

Tiada Kekosongan Jawatan Buat Masa Ini 

 

1. PEGAWAI KEWANGAN & PENTADBIRAN 

Kelayakan dan Pengalaman
 Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang perakaunan
atau yang setaraf dengannya.
 Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun di dalam bidang perakaunan &
pentadbiran Pejabat.
 Mempunyai pengalaman di dalam mengendalikan SAP Sistem serta kemahiran dalam
menyediakan laporan kewangan
 Amanah & Berintegriti serta mampu bekerja dalam pengawasan yang minimum serta
dateline yang mencabar

Bidang Tugas
 Bertanggungjawab mengawal selia urusan berkaitan kewangan termasuk sumbangan
daripada penderma.
 Bertanggungjawab dalam menyediakan penyata kewangan bulanan, tahunan untuk
dibentangkan kepada Lembaga Pemegang Amanah, ANGKASA dan LHDNM.
 Menguruskan Cukai pendapatan syarikat serta mengemukakan resit pelepasan cukai
pendapatan kepada penderma
 Mengawal selia kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan ANGKASA.
 Tugasan lain yang diamanahkan dari semasa ke semasa

 

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kelayakan dan Pengalaman
 Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma di dalam bidang IT (Pengaturcaraan
Maklumat)
 Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun di dalam bidang Pengaturcaraan
Maklumat
 Amanah & Berintegriti serta mampu menepati dateline yang mencabar

Bidang Tugas
 Bertanggungjawab dalam menyelia dan memantau sistem Yayasan ANGKASA On
Line Database -YOLD
 Mengemaskini laman sesawang Yayasan ANGKASA dan berperanan sebagai
pengaturcaraan sistem data based Yayasan
 Memastikan penyimpanan rekod kualiti (perjanjian, Borang BPA, dan lain-lain
dokumen berkaitan Yayasan dalam keadaan teratur dan selamat.
 Tugasan lain yang diamanahkan dari semasa ke semasa

 

3. KERANI HAL EHWAL PELAJAR

Kelayakan dan Pengalaman
 Sekurang-kurangnya SPM/SPMV atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 Berpengalaman bekerja selama 3 tahun dalam bidang pentadbiran.
 Berpengalaman dalam penggunaan komputer.
 Tugasan lain yang diamanahkan dari semasa ke semasa

Bidang Tugas
 Mengemaskini maklumat pelajar Yayasan ANGKASA dari semasa ke semasa dengan sistematik.
 Membantu menyelaras aktiviti dan program.
 Memantau dan melaporkan keputusan peperiksaan pelajar Yayasan ANGKASA bagi setiap semester dan menghantar Borang Prestasi Pengajian Yayasan ANGKASA setiap akhir semester.
 Menguruskan hal-hal berkaitan pelajar Yayasan ANGKASA.
 Menerima arahan dari masa ke semasa daripada pegawai.

 

4. PEMBANTU AM – 1 Kekosongan

Kelayakan dan Pengalaman
 Warganegara Malaysia
 Sekurang-kurangnya SRP / PMR / SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
 Memiliki lesen B2 & D serta memiliki kenderaan sendiri.

Bidang Tugas
 Mengemas kini rekod, penyimpanan fail, menyimpan dokumen berkaitan ke dalam fail, mengurus dan mengedar surat dan dokumen serta memastikan pejabat sentiasa bersih, kemas dan teratur.
 Memastikan kesulitan dokumen-dokumen berkaitan dengan syarikat.
 Bertanggungjawab untuk memastikan kesulitan dalam hal-hal berkaitan organisasi
 Bertanggungjawab dengan memastikan sistem dan hal-hal pemfailan & dokumentasi sentiasa teratur, tersusun dan dikemas kini pada setiap masa.
 Bertanggungjawab untuk mengeluarkan rekod-rekod/dokumen yang berkaitan sekiranya diminta.
 Bertanggungjawab dalam penghantaran dokumen-dokumen berkaitan hal syarikat dan memastikan setiap dokumen yang dihantar diterima oleh pihak kedua dengan efisien.
 Membantu dalam memastikan dokumen-dokumen berkaitan tersedia sebelum mesyuarat dijalankan bagi memastikan kelancaran proses mesyuarat.
 Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran dan hal-hal lain dari semasa ke semasa.

            Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan
           beserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik
   pengalaman, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan
        gambar terbaru berukuran pasport kepada :

 

YAYASAN ANGKASA
No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre,
No. 10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
atau e-mel : setiausaha.yayasanangkasa@gmail.com
selewat-lewatnya pada 29 Disember 2017

*    Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga